Wednesday, December 3, 2008

Selamat Hari Raya Aidiladha

0 comments

Tuesday, November 25, 2008

Botak

0 comments

Batu Ajaib

0 comments

gemuk

0 comments

My Body

0 comments
head(kepala)
arm(lengan)
neck(leher)
hand(tangan)
leg(kaki)
heel(tumit)
thigh(paha)
knee(lutut)
calf(betis)
waist(pshong)
elbow(siku)
chest(dada)
ankle(pergelangan kaki)
shoulder(bahu)
thumb(ibu jari)
index finger(jari telunjuk)
little finger(jari kelengking)
fourth finger(jari manis)
middle finger(jari hantu)


Sunday, November 23, 2008

~ Koleksi Puisi Klasik Dan Moden Yang Segar Sepanjang Zaman ~

0 comments
Angin teluk menyisir pantai
Hanyut rumpai di bawah titi
Biarlah buruk kain dipakai
Asal pandai mengambil hati

Pergi mendaki Gunung Daik
Hendak menjerat kancil dan rusa
Bergotong-royong amalan yang baik
Elok diamalkan setiap masa

Air melurut ke tepian mandi
Kembang berseri bunga senduduk
Elok diturut resmi padi
Semakin berisi semakin tunduk

Daun sirih ulam Cik Da
Makan sekapur lalu mati
Walaupun banyak ilmu di dada
Biar merunduk resmi padi

Buah pelaga makan dikikir
Dibawa orang dari hulu
Sebarang kerja hendak difikir
Supaya jangan mendapat malu

Kemumu di tengah pekan
Dihembus angin jatuh ke bawah
Ilmu yang tidak diamalkan
Bagai pohon tidak berbuah

Tumbuh melata si pokok tebu
Pergi pasar membeli daging
Banyak harta tak ada ilmu
Bagai rumah tidak berdinding

Tulis surat di dalam gelap
Ayatnya banyak yang tidak kena
Jagalah diri jangan tersilap
Jikalau silap awak yang bencana

Hendak belayar ke Teluk Betong
Sambil mencuba labuhkan pukat
Bulat air kerana pembetung
Bulat manusia kerana muafakat

Pakai baju warna biru
Pergi ke sekolah pukul satu
Murid sentiasa hormatkan guru
Kerana guru pembekal ilmu

Lagu bernama serampang laut
Ditiup angin dari Selatan
Layar dikembang kemudi dipaut
Kalau tak laju binasa badan

Padi segemal kepuk di hulu
Sirih di hilir merekap junjungan
Kepalang duduk menuntut ilmu
Pasir sebutir jadikan intan.

Budak-budak berkejar-kejar
Rasa gembira bermain di sana
Kalau kita rajin belajar
Tentu kita akan berjaya

Jangan pergi mandi di lombong
Emak dan kakak sedang mencuci
Jangan suka bercakap bohong
Semua kawan akan membenci

Buah cempedak bentuknya bujur
Sangat disukai oleh semua
Jika kita bersikap jujur
Hidup kita dipandang mulia

Jikalau tuan mengangkat peti
Tolong masukkan segala barang
Jikalau anak-anak bersatu hati
Kerja yang susah menjadi senang

Asam kandis mari dihiris
Manis sekali rasa isinya
Dilihat manis dipandang manis
Lebih manis hati budinya

Kayu bakar dibuat arang
Arang dibakar memanaskan diri
Jangan mudah menyalahkan orang
Cermin muka lihat sendiri

Selasih tumbuh di tepi telaga
Selasih dimakan si anak kuda
Kasih ibu membaa ke syurga
Kasih saudara masa berada

Masuk hutan pakai sepatu
Takut kena gigitan pacat
Kalau kita selalu bersatu
Apa kerja mudah dibuat

Bandar baru Seberang Perai
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan tulang berkecai
Budi yang baik dikenang juga

Encik Dollah pergi ka Jambi
Pergi pagi kembali petang
Kalau Tuhan hendak membagi
Pintu berkancing rezeki datang

Orang haji dari Jeddah
Buah kurma berlambak-lambak
Pekerjaan guru bukanlah mudah
Bagai kerja menolak ombak

Pinang muda dibelah dua
Anak burung mati diranggah
Dari muda sampai ke tua
Ajaran baik jangan diubah

Terang bulan di malam sepi
Cahaya memancar kepangkal kelapa
Hidup di dunia buatlah bakti
Kepada ibu dan juga bapa

Kapal kecil jangan dibelok
Kalau dibelok patah tiangnya
Budak kecil jangan di peluk
Kalau dipeluk patah tulangnya

Asal kapas menjadi benang
Dari benang dibuat kain
Barang yang lepas jangan dikenang
Sudah menjadi hak orang lain

Tengahari pergi mengail
Dapat seekor ikan tenggiri
Jangan amalkan sikap bakhil
Akan merosak diri sendiri

Kapal Anjiman disangka hantu
Nampak dari Kuala Acheh
Rosak iman kerana nafsu
Rosak hati kerana kasih

Tingkap papan kayu bersegi
Sampan sakat di Pulau Angsa
Indah tampan kerana budi
Tinggi darjat kerana bahasa

Anak Siti anak yang manja
Suka berjalan di atas titi
Orang yang malas hendak bekerja
Pasti menyesal satu hari nanti

Bintang tujuh sinar berseri
Bulan purnama datang menerpa
Ajaran guru hendak ditaati
Mana yang dapat jangan dilupa

Parang tajam tidak berhulu
Buat menetak si pokok Ru
Bila belajar tekun selalu
Jangan ingkar nasihat guru

Hari malam gelap-gelita
Pasang lilin jalan ke taman
Sopan santun budaya kita
Jadi kebanggaan zaman berzaman

Pergi berburu sampai ke sempadan
Dapat Kancil badan berjalur
Biar carik baju di badan
Asalkan hati bersih dan jujur

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik di kenang juga

Ramai orang membeli jamu
Di bawah pokok cuaca redup
Bersungguh-sungguh mencari ilmu
Ilmu dicari penyuluh hidup

Apa guna berkain batik
Kalau tidak dengan sucinya?
Apa guna beristeri cantik
Kalau tidak dengan budinya

Berakit-rakit ke hulu
Berenang-renang ke tepian
Bersakit-sakit dahulu
Bersenang-senang kemudian

Buah cempedak diluar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan

Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati

Dalam semak ada duri
Ayam kuning buat sarang
Orang tamak selalu rugi
Macam anjing dengan bayang

Baik-baik mengirai padi
Takut mercik ke muka orang
Biar pandai menjaga diri
Takut nanti diejek orang

Ke hulu membuat pagar
Jangan terpotong batang durian
Cari guru tempat belajar
Supaya jangan sesal kemudian

Mari kita tanam halia
Ambil sedikit buat juadah
Usia muda jangan disia
Nanti tua sesal tak sudah

Padi muda jangan dilurut
Kalau dilurut pecah batang
Hati muda jangan diturut
Kalau diturut salah datang

Cuaca gelap semakin redup
Masakan boleh kembali terang
Budi bahasa amalan hidup
Barulah kekal dihormati orang

Orang Daik memacu kuda
Kuda dipacu deras sekali
Buat baik berpada-pada
Buat jahat jangan sekali

Dayung perahu tuju haluan
Membawa rokok bersama rempah
Kalau ilmu tidak diamalkan
Ibarat pokok tidak berbuah

Kalau kita menebang jati
Biar serpih tumbangnya jangan
Kalau kita mencari ganti
Biar lebih kurang jangan

Pinang muda dibelah dua
Anak burung mati diranggah
Dari muda sampai ke tua
Ajaran baik jangan diubah

Pantai Mersing kuala Johor
Pantainya bersih sangat mashyur
Pohonkan doa kita bersyukur
Negara kita aman dan makmur

Orang tua patut disegani
Boleh mendapat ajarnasihat
Ular yang bisa tidak begini
Bisa lagi lidah yang jahat

Ramai orang menggali perigi
Ambil buluh lalu diikat
Ilmu dicari tak akan rugi
Buat bekalan dunia akhirat

Tuan Haji memakai jubah
Singgah sembahyang di tepi lorong
Kalau sudah kehendak Allah
Rezeki segenggam jadi sekarung

Patah gading serpih tanduk
Mari diletak di atas papan
Jika tahu ganja itu mabuk
Buat apakah ia dimakan

Anak rusa masuk ke taman
Puas sudah orang memburu
Kalau muda jadikan teman
Kalau tua jadikan guru

Berakit ke hulu dengan bergalah
Buluh pecah terbelahdua
Orang tua jangan dilangkah
Kelak biadap dituduhnya pula

Rusa betina berbelang kaki
Mati terkena jerat sembat
Orang yang muda kita sanjungi
Orang yang tua kita hormat

Sorong papan tarik papan
Buah keranji dalam perahu
Suruh makan awak makan
Suruh mengaji awak tak mahu

Adik ke kedai membeli halia
Emak memesan membeli laksa
Jadilah insan berhati mulia
Baik hati berbudi bahasa

Saturday, November 22, 2008

Michael Jackson Masuk Islam

0 comments












Syukur Alhamdulillah, Michael Jackson,50, confirm telah memeluk agama Islam dan menukarkan namanya kepada Mikaeel (nama Malaikat) , menurut akhbar The Sun.


Michael Jackson telah melafazkan syahadah di rumah temannya di Los Angeles, Steve Porcaro iaitu seorang pemain keyboard dalam album Thriller di hadapan seorang Imam.Michael Jackson sebelum itu di kaunseling dari dua orang temannya David Wharnsby,penulis lagu dari Kanada dan Phillip Bubal, seorang produser yang telah terlebih dahulu menukar agama kepada Islam.


Tahun lalu,abang Michael Jackon, Jermaine Friday yang telah convert ke Islam sejak tahun 1989, telah mencadangkan Jackson memeluk agama Islam. Friday banyak membelikan Jackson buku-buku mengenai Islam dan berpendapat Michael Jackson mengenai keindahan dan ketenangan Islam.


Besar harapan agar Michael Jackson dapat menjadi muslim yang sejati.

Barbie Doll

0 comments













Thursday, November 6, 2008

Kasut Lima Jari

1 comments

Keberkatan Surah Al-Ikhlas

0 comments
Ketika Memulakan Kerja
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum Masuk Ke Rumah
Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Ketika Sakit
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Khatam al-Quran
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juz kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Wallahualam

Pahala Membacanya
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a..s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a..s.

Nota
Sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama:
(1) Sedekah/amal jariahnya,
(2) Doa anak-anaknya yang soleh dan
(3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

27 Perkara Menyebabkan Jadi Papa

0 comments
1. Bermudah-mudah dengan sembahyang...
2. Menyeru ibu bapa dengan pangilan namanya...
3. Meninggalkan doa untuk ibu bapa...
4. Berjalan dihadapan guru...
5. Cepat keluar bila masuk masjid...
6. Berbohong...
7. Banyak bercakap kosong...
8. Pemalas...
9. Banyak tidur...
10. Bermudah-mudah membazirkan makanan...
11. Selalu makan ketika hadas besar...
12. Membazirkan harta dengan tidak menentu hala...
13. Berpagi-pagi minum di kedai kopi...
14. Bersifat bakhil...
15. Sentiasa tidur telanjang...
16. Lambat pulang apabila keluar tidak bersebab...
17. Menjahit pakaian di badan...
18. Selalu memakai seluar sambil berdiri...
19. Tidak membasuh pinggan selepas makan...
20. Selalu membasuh tangan dengan tanah...
21. Sentiasa bersisir dengan sisir yang patah...
22. Selalu menulis dengan qalam yang patah...
23. Membiarkan labah-labah di dalam rumah...
24. Membiakkan binatang yang halus di dalam rumah...
25. Menyapu sampah di waktu malam...
26. Hembusan nafas untuk memadamkan lampu/api...
27. Selalu membakar kulit bawang...

Wallahualam...

Wudhuk Dua Kali

0 comments
Ustaz mengajar budak tahun satu. Pada hari tersebut, beliau mengajar bab "cara berwudhuk"Selepas mengajar, beliau selalu meminta muridnya bertanyakan soalan jika terdapat kemusykilan.

Ustaz : Ada sesiapa hendak bertanyakan soalan?
Tiba-tiba seorang anak muridnya mengangkat tangan, nama murid tu adalah Dzuleffendy

Dzuleffendy : Ada ustaz. saya ada satu kemusykilan. Boleh tak kita ambil wudhuk dua kali?Ustaz : Boleh, tapi kenapa sampai dua kali ambil wudhuk?
Dzuleffendy : Saya ambil dua kali sebab kalau saya terkentut, wudhuk lagi satu tu boleh buat spare! Ustaz : ???

Tuesday, September 2, 2008

MATAHATI

1 comments

Aris Ariwatan (Yusri / Imanzali)

0 comments
Permaidani

Rimbun dan redup kasihMu
Kau tempat ku berpayung
Di manakah lagi dapat ku rebahkan
Rasa gundah ini
Nun Kau teguh di sana
Pengasih dan penyayang
Pun ku masih terleka
Meneguk ihsanMu
Walau ku sedari
Oh... nyamannya
Bila diperlukan rinduMu
Mengimbaulah sentosa
Bentangkan ku permaidani
Dari baldu berwarna putih
Moga tak ku terasakan
Cubaan yang ku galas ini
Kepada Mu titianku
Hijrahkanlah diri ini

Mesra SENYUM Ceria

0 comments

Ramadhan dan Merdeka

0 comments


Masa Dulu-dulu

0 comments

Pengorbanan Seorang Ibu

0 comments

MERDEKA.... MERDEKA.... MERDEKA

0 comments

PERPADUAN TERAS KEJAYAAN

0 comments

Sunday, July 13, 2008

Terima kasih cikgu

2 comments
Cikgu Shabri sangat baik. Dia mengajar kita dengan penuh semangat. Terima kasih cikgu ......

Bersama-sama Cikgu Shabri

0 comments

Cikgu Shabri

0 comments
Cikgu Shabri adalah guru kesayangan
pelajar Kelas 4K
Saya dan Ipah bersama dengan
Cikgu Shabri yang akan bertukar ke
SK Lubok Setol sebagai Penolong Kanan Ko. Rakan-rakan lain turut
mengambil peluang bergambar bersama
Cikgu Shabri sebagai tanda kenang-kenangan.

kawan sekelas

0 comments


Saturday, July 12, 2008

Adab Mengadakan Perbincangan Di Rumah Rakan

0 comments
a. Pilih sudut yang sesuai. Adalah lebih baik sekiranya adik mengadakan perbincangan di bilik rakan adik sendiri daripada ruang tamu.

b. Pilih masa yang sesuai. Elakkan waktu awal pagi, tengah hari atau lewat malam kerana ia adalah masa yang agak sibuk atau masa rehat keluarga.

c. Jaga adab. Hormati ahli keluarga yang lain terutama sekali ibubapa mereka. Sebaik-baiknya bersalam dengan kedua-duanya semasa datang dan sebelum pulang.

d. Jangan menyusahkan. Sekiranya tuan rumah menyediakan makanan, cuci sendiri cawan dan pinggan yang telah digunakan. Sebelum balik, pastikan tempat perbincangan dibersih dan dikemaskan.

How Did Swimming Start?

0 comments
Man does not swim naturally, as certain animals do. He has had to learn how to swim.Originally, man must have learned to swim by watching animals that swim by instinct.

Early man probably had to learn how to swim in order to survive under certain conditions.

The first effort man made to swim imitated a dog. Such a stroke has always been known as the ‘dog paddle’. But then man wanted to find a way of swimming that gave him more buoyancy and an opportunity to coordinate the motions of the arms and legs.

So more than two thousand years ago he developed the method of swimming known as the breast stroke. This stroke is still used by many people for restful distance swimming in rough open water.

Swimming was rated highly in the days of ancient Greece and Rome and was used as part of the training of warriors.

Friday, July 11, 2008

Baca petikan di bawah ini

0 comments
Teknologi komputer semakin berkembang sejak kebelakangan ini. Beberapa tahun yang lalu, kita hanya dapat membaca daripada monitor komputer. Kini, kita diperkenalkan kepada suatu dunia baru maklumat dan bunyi yang menarik.

Multimedia merupakan suatu teknologi yang menggabungkan teks, bunyi, grafik, video dan animasi dalam satu persembahan. Hal ini bermakna kita dapat membaca, mendengar dan melihat program-program yang menarik melalui komputer kerana komputer mempunyai kesemua ciri ini yang dibina di dalamnya.

Teknologi komputer yang canggih ini telah banyak memberikan manfaat kepada pengguna yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. Manusia menjadi lebih produktif sejak multimedia diperkenalkan. Contohnya, para penceramah lebih cenderung menggunakan komputer buku untuk menyampaikan mesej.

Penggunaan kertas semakin berkurangan kerana mereka lebih cenderung menggunakan komputer yang menjimatkan masa, berkesan, meyakinkan dan tepat serta mudah dibawa ke mana-mana.

Dalam bidang pendidikan, multimedia digunakan sebagai satu kaedah mengajar. Kajian-kajian telah menunjukkan bahawa murid-murid dapat memahami sesuatu perkara dengan lebih berkesan apabila multimedia digunakan sebagai alat pembelajaran. Hal ini merupakan cara yang lebih interaktif untuk mengguna sepenuhnya deria seseorang manusia.

Selain itu, manusia dapat berkomunikasi melalui internet dengan menggunakan multimedia. Hal ini telah menyebabkan kemunculan persidangan video. Seseorang pemimpin dapat berinteraksi secara langsung dengan masyarakat tanpa meninggalkan pejabatnya. Kemudahan ini hanya diperoleh menggunakan multimedia dan internet.

Sesungguhnya multimedia telah membuka pintu kepada akses yang tidak terhingga bagi mendapatkan maklumat-maklumat yang berguna. Kita bukan sahaja memperoleh pelbagai maklumat yang berguna menerusi kecanggihan teknologi tersebut tetapi juga terdapat pelbagai program berbentuk permainan, pelajaran, hiburan dan banyak topik yang menarik hanya dengan satu “klik” pada tetikus komputer.

Selain itu = Penanda wacana

The Fox and the Goat

0 comments
One long, hot summer, a fox wandered slowly through the countryside, pleased to see how the sun made his red coat shine. He was so busy admiring himself that he didn’t notice an old well in an abandoned garden.

Before he knew what was happening, he had tumbled over the edge and into the well.Now there was not very much water in the well, so the fox was quite safe at the bottom, but the well was deep and its side were smooth and straight.

The fox quickly realized that he could not climb out again.For several long hours, the fox paddled around and around in the shallow water at the bottom of the well. He was afraid that he would never escape.

Suddenly, the fox’s gloomy thoughts were interrupted by a foolish face peering over the top of the well. “Hello down there!” boomed a voice.It was a goat, who had heard the splashing of the water and come to see what was happening.

To be continued...

Peribahasa 10

0 comments
Kundur tidak melata pergi, labu tidak melata mari
maksudnya
persetujuan atau persahabatan harus datang daripada kedua-dua pihak.

MURAL SEKOLAH SAYA

0 comments

SEKOLAH SAYA

0 comments

KAWAN-KAWAN KARIB SAYA

0 comments

PIDATO NASIHAT

0 comments

Thursday, July 10, 2008

Fruits

0 comments

Fruits 1

0 comments




Fruits 2

0 comments




Fruits 3

0 comments




Fruits 4

0 comments




Mari Mewarna 1

0 comments






 

Blog Shahirah Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal