Tuesday, August 4, 2009

NAFSU YANG DEGIL

0 comments
Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.
Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."

Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."

Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."

Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.

Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.

"REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN" WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN,WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK,WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT, WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN WAKTU HIDUP SEBELUM MATI"

WALLAHUALAM

Sunday, May 10, 2009

Hari Ibu

0 comments

Selamat Hari Ibu........... semoga ibu panjang umur

Mothers Day MySpace Comments and Graphics

Comments - Graphics - Layouts - Photobucket

Sunday, May 3, 2009

Foto Kenangan 1

0 comments

Foto Kenangan 2

0 comments

Penembak Tepat

0 comments


Wednesday, January 21, 2009

Ayah dan Ibu

0 comments

Tuesday, January 20, 2009

BERSAMA DATUK MUKHRIZ

0 comments
Gambar Kenangan ini dirakamkan oleh abah sempena kunjungan Datuk Mukhriz Tun Mahathir ke rumah kami pada 19.01.2009 jam 7.00 malam. Datuk mandi dan bersembahyang di rumah kami sebelum berlepas ke Pasir Mas pada malamnya. Abah adalah salah seorang kenalan yang sangat rapat dengan Datuk Mukhriz. Saya berdoa semoga Datuk Mukhriz akan menang sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia pada tahun ini. Selamat Berjuang Datuk.....

Abang saya Irfan pun tidak melepaskan peluang bergambar bersama Datuk Mukhriz.
 

Blog Shahirah Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal